Wednesday 24 August 2011

Mari Kita Renungkan

Kadang-kadang kita mungkin terlupa atau leka apabila kita berada ditempat sendiri. Boleh jadi kerana kita terlalu lama di dalam zon selesa. Dikelilingi keluarga sendiri, adik-beradik, saudara-mara dan rakan-rakan yang semuanya kita kenali menjadikan kita manja dan amat selesa. Apabila situasi begini, menyebabkan kita menjadi kurang persaingan, kurang dalam segalanya hingga menyebabkan kita menjadi malas, lemah, tidak kreatif dan inovatif.

Melihat satu program di Astro, melihat rakyat kita yang bekerja diluar negara kebanyakkannya dapat berdikari, berjaya dan tak kurang yang telah menjadi kaya raya. Ini kerana disana kita terpaksa hidup sendiri. Daya survival kita menjadi tinggi kerana untuk meneruskan hidup. Kenyataan saya itu bukan membawa maksud yang kita perlu keluar negara. Istilah Hijrah itu membawa seribu makna yang tersendiri. Keluar dari tempat sendiri atau dari kampung sendiri pun boleh merubah banyak perkara yang sebelum ini tiada perubahan dalam diri kita. Kerana kita terlalu lama dalam kepompong sendiri, dibawah tempurung sendiri menyebabkan, wujud masalah kurang persaingan dan kurang berlaku peningkatan diri secara positif.

Apabila melihat dari sudut masalahj moral seperti merempit, pada hari ini, kaum melayu banyak terlibat termasuk penyalahgunaan dadah, rogol dan pelbagai perkara negatif lain. Pada hari ini, sudah masuk tahun 2012, ada peningkatan kepada masalah-masalah yang negatif pada orang melayu itu sendiri, dalam surat khabar pun tidak kurang menggambarkan betapa hari-hari kita ditinmbuni kisah yang kurang baik seperti rogol, bunuh, mencuri, merempit dan pelbagai lagi.

Pernah satu ketika saya berada dalam LRT menuju ke bandaraya, melihat satu keadaan yang amat berbeza. Ada sekumpulan pelajar dari sekolah cina, yang sedang sibuk berbalas pantun antara mereka dalam bahasa melayu dan diselang seli dengan aktiviti soal jawab tentang subjek yang telah mereka pelajari disekolah, manakala di satu sudut yang lain, ada pelajar melayu kita sedang leka mendengar lagu menggunakan ipod dia sehingga terlelap kerana menunggu untuk sampai ke destinasi yang ingin ditujuinya.. Disini, mari kita fikirkan, aopa yang sedang berlaku. Perbezaan. Kenapa kita masih tidak sampai ke arah itu lagi. Kepada semua, sama-sama kita fikirkan dan mencari jalan penyelesaian untuk permasalahan dan keadaan ataupun situasi begini. Semangat untuk belajar dan berdikari tanpa memerlukan 100% bantuan dan sokongan dari saudara-mara atau keluarga terdekat. Sudah sampai masanya kita melakukan perubahan paradigma pada pemikiran dan perlakuan kita. 

No comments:

Popular Posts

MYMZ ON9 BISNEZ